advertlets

Monday, November 14, 2011

Bahaya Menahan Kencing!!





SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.



Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.

Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.



Friday, June 24, 2011

Memekatkan Air Mani


Memang tidak dapat dinafikan, lebih banyak air mani yang dipancutkan dalam kemaluan wanita akan memberikan lebih kepuasan kepada wanita tersebut. Begitu juga jikalau air mani yang dipancutkan itu lebih pekat dan likat.

Dari segi perubatan pula, tahukah strennz memiliki air mani dalam kuantiti yang banyak adalah tanda sistem reproduksi yang sihat. Di sini ada beberapa tips untuk meningkatkan jumlah dan mutu air mani anda.

1. Berhenti Merokok
Berita buruk kepada perokok-perokok aktif. Merokok mempengaruhi jumlah air mani. Kajian menunjukkan perokok memiliki jumlah air mani yang sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.

2. Jauhkan seluar ketat atau air panas
Suhu pada testis akan mempengaruhi sistem reproduksi anda. Pastikan testis berada pada suhu yang sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain. Seluar atau pakaian dalam yang ketat akan meningkatkan suhu pada bahagian testis dan ini adalah tidak disyorkan.

3. Teknik Pemakanan yang Sihat
Percaya atau tidak, apa yang anda makan akan mempengaruhi produksi air mani. Makan lah makanan yang berkhasiat dan yang berprotien tinggi.

4. Kurangkan Hubungan Seks, Elakkan Melancap atau Masturbasi
Air mani anda akan berkurangan setiap kali ejakulasi berlaku. Begitu juga kepadatan air mani anda akan berkurangan. Kurangkan hubungan seks dan elakkan sama sekali melancap atau masturbasi.

5. Elakkan Alkohol
Alkohol dapat mempengaruhi fungsi yang meningkatkan tahap estrogen. Jumlah estrogen yang tinggi pada tubuh akan mempengaruhi pengeluaran air mani. Hentikan pengambilan alkohol jika anda sayangkan air mani anda dan tidak mahu kehilangan air mani.

6. Makanan-makanan yang dapat meningkatkan air mani
Asid Amino L-Carnitine yang terdapat dalam daging merah dan susu telah terbukti dapat meningkatkan kelikatan dan kepadatan air mani. Begitu juga L-Arginine yang terdapat dalam kacang, telur dan daging. Amalkan memakan makanan-makanan yang dapat meningkatkan kelikatan air mani.

Monday, June 13, 2011

Cara untuk meningkatkan kadar metabolisme bagi mempercepatkan pernurunan berat badan

10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda…




1.Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kaloriwalaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
2.Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.
3.Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.
4.Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.
5.Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.
7.Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.
8.Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak…:))
9.Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.
10.Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalorisehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakarkurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.
Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi
2.Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak – faktor hormon)



3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas

Wednesday, June 1, 2011

cara hilangkan parut jerawat

CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Ramai tak di antara anda yang mengalami masalah untuk hilangkan parut jerawat? Kebiasaannya nak hilangkan parut atau bekas jerawat ni memakan masa gak. Sehinggakan kadang2 ada yang dah putus asa menunggu. Waduh... ianya pastinya menguji tahap kesabaran anda, kan? Namun begitu, usahlah anda runsing sangat dengan keadaan ini. Sebab, suatu hari nanti kulit anda pasti kembali sihat bila dah jumpa petua @ kaedah rawatan yang sesuai dengan kulit anda.
Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;
1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.



2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.
3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.
4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.
5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.
Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.
Selamat Mencuba!